Jan 9, 2012

Cerita Tahun Baru 2012

Assalamualaikum ...

Alhamdulillah, sembilan hari sudah berlalu semenjak tahun baru 2012. Dan, dalam masa itu juga banyak perkara yang telah berlaku dan sedang berlaku tanpa kita sedari.


Okey lah, saya nak cerita ni... selasa minggu lepas aku buat pertama kalinya mendapat pekerjaan sementara a.k.a part time job di sebuah supermarket yang tak perlu aku sebutkan disini, sebagai promoter untuk sebuah jenama di ladies department. Itu pun secara kebetulan semasa membeli barang di bahagian tersebut, akak promoter tu tanya kat umi aku ada tak anak yang nak kerja part time. Umi aku pun dengan sepantas kilat me'recommend' aku untuk bekerja walaupun pada mulanya adik aku yang bising-bising nak kerja sementara menunggu result SPM. Kesian adik aku ... hehehe


Dan secara rasminya aku mula masuk bekerja keesokan harinya, bila akak promoter tu bagi mesej mintak tolong datang time tengahari walaupun diberitahu untuk datang petang sebab nak buat persediaan untuk fair sempena tahun baru cina akan datang. Rupa-rupanya, barang nanti petang baru boleh bawak turun ke ground floor... aku kerja dari tengahari sampailah ke malam. Masa tu rasa relax lagi... azabnya datang pada keesokan harinya...


Esoknya, aku bajet nak naik bas kononnya, siap ambil no. phone pak cik bas dari adik, nak bagitau pak cik tu nak ambil aku kat bus stop dekat stadium. Masalahnya, aku dah terlambat, pak cik tu kata dia dah sampai kat bus stop tapi takde orang... memanglah, masa tu aku tengah menapak dari rumah. So, aku mintak pak cik tu ambil aku kat bus stop. tunggu punya tunggu jam dah pukul 10.30. Aduh, first day lagi aku dah datang lambat, apa plak kata staff office... Nasib aku baik bila abah tergerak hati nak call aku dan nak hantar aku pergi kerja... fuhh... lega sikit, tapi lama jugaklah nak tunggu abah. Akhirnya, aku masuk kerja jam 10.50 pagi... lewat 20 minit ikut jam dekat thumbprint machine. Nasib baik la akak promoter tu cuti... kalau tak, malu jugak.


Dua hari berturut-turut aku rasa macam teruk sangat kerja jadi promoter ni. Sampai terbawak-bawak dalam mimpi. Rasa macam nak berhenti je, siap bagitau umi dengan abah. Penat tu memang tak boleh nak cakap la, kerja 12-13 jam sehari mana tak penat... tapi, bila fikir-fikir balik, ni la masanya nak belajar cari pengalaman bergaul dengan manusia yang bermacam ragam, belajar memberi komitment dalam sesuatu pekerjaan... chewah! cakap je lebih... haha!


Even so, aku dah berkenalan dengan beberapa orang kawan part time dari department yang sama dan department lain yang join sekali fair tersebut. Setakat hari ni aku dah berkawan dengan kak Isma (yang ni pekerja full time) dan Yani dari ladies dept, adik Fikah dan Din dari dept yang jual bantal dan cadar tu... dan Bella serta Syuhada yang duduk kat kaunter cashier. Oh, sebelum terlupa, akak promoter Lina(Indian kot, tapi pandai cakap melayu dan cina), Ai Ni(tak tau eja, tau sebutan je... jangan ingat dia melayu, dia ni chinese tau), kak Dayah(dia ni supervisor kot). Kalau kak Lina jumpa dengan geng chinese, memang sepatah haram pun tak paham bila diorang bersembang dengan bahasa cina.


By the way, tomorrow is my off day! Cuti! Esok nak kena setelkan masalah ptptn, kalau sempat belajar motor, dan pergi mandi sauna infrared dekat KDSK(Kampung Datuk Seri Kamaruddin). Umi excited nak bawak aku mandi sauna dan buat facial kat sana... Hmmm... Kemain umi ye...