Feb 11, 2012

SALAH FAHAM

Ada seorang wanita memandu di atas jalan raya. Tiba-tiba sebuah motosikal memotong kereta wanita tersebut dengan lajunya. Dengan sekuat-kuat hati wanita itu menjerit melalui tingkap,
"BABI!!! Bawak motor tu pelan sikit!".
Penunggang motosikal itu pun berasa marah, lalu memandang ke belakang dan membalas, 
"Sial ko pompuan! Mentang-mentang la bawak kereta bes ..." 
Gedegangggg! Rupa-rupanya penunggang motosikal tu terbabas dan melangga babi hutan  yang sedang melintas... Rupanya, wanita tadi cuba memberitahu penunggang motosikal supaya memperlahankan motosikalnya kerana kereta wanita tersebut juga telah kemek akibat terlanggar babi...

p/s : Bila bercakap biar terang maksudnya... kan dah salah faham XD

No comments: