Jan 5, 2011

piano oh piano

sambil2 menyalin nota web development yg agak membosankan ni..
aku sempat la google kt youtube lagu yang dinyanyikan oleh sorang minah korea ni
Goo Hye Sun namanye ... 
alaaahh ... heroin dalam citer Boys of Flower tuu ...

haa ... dia ni rupa2nye pandai main piano
ada satu video dia bermain piano semasa konsert Isao Sasaki
bagi aku yang gemar mendengar irama lagu la kan ... (chewahh)
aku mengagumi orang yang pandai bermain piano
sebab aku merasakan pelbagai emosi  yang dihasilkan melalui petikan piano

tak semestinye piano je ... 
alat muzik yang lain pun boleh menerbitkan suatu emosi yang mempunyai maksud mendalam
tapi buat masa sekarang aku prefer untuk mendengar lagu yang ada bunyi petikan piano
harap2 suatu masa nanti aku nak belajar main piano ke , keyboard ke , organ ke ...
tu pun kalau ada orang nak ajar secara free la ... haha

No comments: